Pengasas



  • B.F. Skinner dilahir pada 20 Mac 1904.
  • Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 1990.
  • Beliau dilahirkan di Susquehanna, Pennsylvania.
  • Anak pertama daripada dua orang adik beradik.
  • Mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan.
  • Beliau menerima "Bachelor of Art" ( B.A.) sastera Inggeris pada tahun 1926 dari Hamilton College dan menghabiskan beberapa waktu sebagai penulis berjuang sebelum mencari tulisan-tulisan Watson dan Pavlov.
  • Terinspirasi oleh karya-karya ini, Skinner memutuskan untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang novelis dan memasuki program pasca sarjana psikologi di Harvard University.
  • Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran
  • Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas
  • Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.


  • Ivan Pavlov dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah.
  • Beliau telah meninggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia pada usia 86 tahun.
  •  Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi.
  • Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879.
  • Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. 
  • Beliau telah memperkenalkan satu pendekatan yang dikenali sebagai penlaziman klasik yang mana beliau telah membuat pemerhatian berkaitan proses pencernaan terhadap anjing.

Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini tidak seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji proses pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain  seperti Psikoanalisis ataupun eksistensial yang memberi penekanan terhadap falsafah. Perkembangan asas teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Pavlov dari Rusia dan B.F Skinner dari Harvard Universiti serta Bandura yang menggunakan Teori Pembelajaran Sosial berlandaskan pendekatan dan pengaruh sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkanini telah memperkembangkan lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini semakin dikenali dan berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu didunia.